Peraduan Jimmy

SYARAT & PERATURAN PERADUAN JIMMY

  1. Peraduan Jimmy terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas kecuali kakitangan Liansin Trading Sdn. Bhd., agensi-agensi pengiklanannya dan keluarga terdekat mereka.
  2. Peraduan Jimmy ini bermula dari 1 Ogos 2009 hingga 30 April 2010. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh peraduan sekiranya diperlukan. Borang Penyertaan Peraduan hendaklah dihantar sebelum atau pada 30 April 2010. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Pengguna boleh menghantar seberapa banyak Borang Penyertaan Peraduan. Bukti pengiriman pos bukan bukti penerimaan.

  3. Dengan pembelian 10kg & 5kg Jenama Beras Liansin Mr. Thai, Butterfly, Royal Chrysanthemum, Liansin Fresh, Cap Amoi, Padi Gedong, Uncle Tan, 3A Boy ATAU Beras Nasional 15% pengguna layak untuk menyertai peraduan ini, di mana Borang Penyertaan Peraduan ini boleh didapati dalam bungkusan beras tersebut.
  4. Borang Penyertaan Peraduan wajib diisi dengan lengkap. Penyertaan peraduan yang sukar dibaca dan tidak diisi dengan lengkap akan dibatalkan dengan serta-merta. Salinan Borang Penyertaan Peraduan tidak akan diterima.
  5. Hadiah-hadiah yang ditawarkan tidak semestinya seperti dalam gambar tetapi ia adalah seperti yang dipamerkan semasa promosi.
  6. Hadiah kereta dan motosikal tidak termasuk cukai jalan, yuran pendaftaran dan insurans.
  7. Penganjur berhak untuk menyiarkan butiran peribadi serta gambar pemenang-pemenang di dalam suratkhabar untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
  8. Pemenang akan diberitahu melalui panggilan telefon, surat dan/atau media.
  9. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau dipindah milik. Penganjur berhak untuk mengganti hadiah yang dimenangi dengan barangan lain yang sama nilai atau lebih dari yang sepatutnya tanpa sebarang notis.
  10. Hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pengumuman pemenang. Tuntutan selepas tarikh ini tidak akan dilayan.
  11. Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan, kecederaan atau tuntutan akibat daripada penyertaannya di dalam peraduan dan/atau penggunaan dan/atau penebusan hadiah terbabit.
  12. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju dengan syarat dan peraturan peraduan ini serta keputusan penganjur. Keputusan adalah muktamad dan tiada sebarang pertanyaan dan urusan surat-menyurat selepas itu akan dilayani.